Get Adobe Flash player

Perutusan Pengarah

 

SEKAPUR SIREH

Salam Sejahtera dan  Salam 1 Malaysia.

Selamat datang ke portal rasmi PERAKFM... saluran efektif masa kini, bersiaran 18 jam sehari bersama para pendengar dengan hiburan berinformasi.

Menerusi laman sesawang ini, anda dapat mengetahui pelbagai informasi berkaitan  program-program yang ke udara di PERAKfm,  pelbagai aktiviti Radio Di Lokasi serta  frekuensi-frekuensi PERAKfm, aspek pengiklanan, kakitangan dan tidak dilupakan penyiar anda; DJ-DJ PERAKfm.

Radio Malaysia PERAKfm sentiasa menyajikan hiburan dan informasi untuk anda. Ini termasuklah pelbagai aktiviti dan program anjuran Kerajaan Negeri Perak, Jabatan dan Agensi Persekutuan dan Negeri Perak. PERAKfm juga terlibat dengan program turun padang: RTM Merentas Kampung dan RTM Merentas Sekolah.

Dari sudut liputan berita, PERAKfm menyediakan 5 berita setiap hari untuk disalurkan ke TV1, TV2 dan Perakfm. Berita yang dilaporkan termasuk liputan dari 11 daerah Negeri Perak.

PERAKfm juga kini boleh didengari secara dalam talian melalui laman sesawang ini dan dimuat turun menerusi aplikasi android PERAKfm.

Akhir kata saya mengalu-alukan anda semua untuk berganding bahu dengan PERAKfm dengan memberikan input serta teguran yang membina untuk PERAKfm.

Terima kasih kerana mengunjungi laman web PERAKfm. “PERAKfm, Hiburan Berinformasi, Untuk Kome Aje...”

 

Sabri Mansor

Pengarah
Jabatan Penyiaran Negeri Perak
Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia