Program Fiesta Sehati Di RTM @ IPG Kampus Ipoh #MohKite telah diadakan pada 15 dan 16 Februari 2019 di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak. 

Acara pada 15 Februari bermula pada jam 8.30 malam dengan ceramah agama oleh PU Yeop. Pada 16 Februari diadakan Acara Pantun Ria, Majlis Perasmian oleh YB Dato' Zainol Fadzi Paharuddin (Penasihat Khas Menteri Besar Perak), aktiviti lukisan grafiti, Bengkel Penulisan Skrip ADILA dan Showcase Mestika D'Klasik Pujaan Sepuluh.