Fiesta Sehati Di RTM 2019 'Untuk Kome Ler' telah diadakan pada 12 - 14 April 2019. Hari pertama telah dimulakan dengan Rancangan Siaran Langsung Ceramah Khas "Radio vs Media Baharu" bersama penceramah jemputan Ustaz Harith Fazilah Abdul Halim (Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak). Pada hari kedua telah diadakan pameran dari agensi kerajaan serta swasta, pertandingan masakan dan gubahan, pertandingan mewarna, Pertandingan Model Cilik, Pertandingan Bintang Kecil, Pertandingan Karaoke dan Konsert dengan artis seperti Ameng Spring, Dato' Jamal Abdillah, Adira Suhaimi. Turut diadakan majlis perasmiannya oleh YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu. Pada hari terakhir diadakan Zumba dan Ekspresi Muzik bersama artis jemputan Ady Priyo, The Mirza dan Aiman Tino. PerakFM turut berlintas langsung bersama DJ Ely dan DJ Saiful.