Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Zahar Advisory Group (ZAG) bersama PERAKfm  telah diadakan di SMK Pangkor dan Pantai Pasir Bogak Pangkor pada 23 Februari 2019. Acara diadakan ialah penyerahan sumbangan kepada keluarga asnaf menerusi SMK Pangkor. Program turut dihadiri Dato Zahar Bin Hashim (Pengarah Urusan ZAG) dan En. Muhamad Saad Bin Mohd Noor (Pengetua SMK Pangkor). Selain itu turut diadakan aktiviti pembersihan pantai. PerakFM telah berlintas langsung sempena program ini. Krew Radio Malaysia PerakFM yang terlibat ialah Nordin Mohd Noor (Penyelia Pemasaran), Jamaluddin Abu Bakar, Ali Jahaya, Noordin, Harnani Zaini (Penyelia Penerbitan), Nor Shafinas Ahmad (Penyampai), Ros Syam Syasila Roosle (Penyampai), Shaiful Hairy (penyampai), Shana Kamaruddin (wartawan) dan Fairoz Izualfian Che Othman (jurukamera).