Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jawatankuasa Komunikasi Multimedia NGO Negeri Perak telah diadakan pada 24 Jun 2019 di Perkarangan Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ipoh. Program merupakan gabungan agensi-agensi di bawah Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak. Antara yang terlibat ialah Pejabat YB EXCO, RTM Perak, Bahagian Korporat SUK Perak, Jabatan Penerangan Negeri Perak, BERNAMA, Digital Perak, ROS, SKMM dan TM. Pelbagai juadah disediakan seperti nasi beriani, kambing golek, laksa, lemang, kuetiaw goreng, nasi impit, sate dan cendol. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Encik Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim (Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak. Turut diadakan persembahan artis iaitu Zur Eda, A. Razak Ismail dan Kumpulan Ghazal Parti. Majlis diacarakan oleh DJ Fahmi, DJ Nasreeq dan DJ Mim.