Majlis Sambutan Kemuncak Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak 1440H / 2018M akan diadakan pada 1 Muharram 1440H bersamaan 11 September 2018M bermula jam 9.30 pagi. Ia mengambil tempat di Ballroom 1, Aras 4, Ipoh Convention Centre, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, Ipoh. PerakFM akan berlintas langsung bersama DJ Nani. Aturcara Majlis:

MASA AKTIVITI
9.30 pagi Ketibaan Dif-dif Kehormat dan tetamu jemputan
9.45 pagi Ketibaan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
9.50 pagi Keberangkatan DYAM Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan dan DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan
9.55 pagi Keberangkatan DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan
10.00 pagi Keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan
  Lagu Kebesaran Negeri Perak dimainkan dan dinyanyikan
  Bacaan Al Quran
  Titah Di Raja
  Persembahan Khas
  Pengumuman Penerima Anugerah (Anugerah Ar-Ridzuan dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1440H)
  Penyampaian Hadiah kepada Penerima Anugerah
  Lagu Kebesaran Negeri Perak dimainkan dan dinyanyikan
  Majlis Santapan / Jamuan Makan
12.00 tghari DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan berangkat meninggalkan majlis
  DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan berangkat meninggalkan majlis
  DYAM Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan dan DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan berangkat meninggalkan majlis
  YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan isteri meninggalkan majlis
  Majlis bersurai

 

Pakaian Kebangsaan