Community Action Programme



Diterbitkan pada 29 Okt, 2020
Community Action Programme telah diadakan pada hari ini 29 Oktober 2020 di Padang Awam Taman Cempaka, Ipoh. Ia merupakan anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Perhutanan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Penyiaran Negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh dan Surau At-Tarbiyah Taman Cempaka.
 
Objektif program ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha bagi memastikan Taman Cempaka sifat kes denggi. Program ini juga secara tidak langsung dapat mendekati masyarakat dan memperkukuhkan lagi jaringan perhubungan di lapangan di samping memperkenalkan lagi platform media sosial Jabatan kepada penduduk setempat.
 
Antara tetamu yang hadir dalam Program ini ialah Yg Bhg. Tn Hj Kamarulzaman bin Abdullah wakil rasmi kepada Datuk Bandar, merangkap Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Yg Brs. Tn Hj Mohd Taip bin Hj Ubah Pengarah Penerangan Negeri Perak, Yg Brs. Ustaz Ahmad Faisal bin Haji Mohd Puait Pengerusi Surau At-Tarbiyah Taman Cempaka merangkap Pegawai Khas kepada YB EXCO Kerajaan Negeri Perak, Yg Brs. Pn Noriza binti Salleh Pengarah Penyiaran Negeri Perak dan Yg Brs. Pn Noorhafizatul Sarah binti Thalil Timbalan Pengarah Penyiaran Negeri Perak.
 
PERAKfm turut berlintas langsung dengan DJ Nana sebagai pelapor di lokasi.