Forum Perdana Ehwal Islam Khas Sempena Hari RTM Ke-75



Published on 01 Apr, 2021

Forum Perdana Ehwal Islam Khas Sempena Hari RTM Ke-75 telah diadakan pada 1 April 2021 bertempat di Auditorium RTM Perak. Ia turut disiarkan secara langsung menerusi PERAKfm selama 75 minit mengambil sempena 75 tahun ulang tahun RTM. Temanya ialah Evolusi Dakwah dan Tajuk Forum ialah Cabaran TV dan Radio Dalam Menyampaikan Dakwah. Moderator Forum ini ialah Ustaz Harith Fadzilah bin Abdul Halim (Timbalan Pengarah JAIPk) dan dibarisi oleh ahli panelnya Datuk Mohammad Kazim bin Elias, Ustaz Hamdi Rahman bin Mohd Yaacob dan Encik Rashid bin Sibir.