Pelancaran Rancangan Mufassirin



Published on 31 Mar, 2021

Pada 31 Mac 2021 bersempena ulang tahun RTM ke-75 telah diadakan pelancaran program Mufassirin yang bersiaran setiap hari khamis jam 3-4 petang di PERAKfm. Majlis ini telah mengambil tempat di Pusat Pendidikan Al Barakah. Turut diadakan Majlis Bacaan Yasin dan Rakaman Tausiyyah Ramadan yang disampaikan oleh Datuk Ustaz Kazim Elias serta diserikan dengan persembahan artis Ikhwan Fatana. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah RTM Perak, Puan Sarah; Ketua Bahagian Rancangan RTM Perak, Encik Zuramin Ismail, DJ Ely, DJ Saiful Nawab, DJ Mim dan DJ Nana.