Program Cakna Komuniti PERAKfm bersama-sama Petugas Barisan Hadapan


Published on 20 Apr, 2021

Jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan tidak pernah dilupa. Pada 20 April 2021, Perakfm berkesempatan mengedarkan bubur lambuk menerusi Program Cakna Komuniti hasil kolaborasi bersama Nestle dan Maggi. Sebanyak 600 bekas diagihkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak. Bubur lambuk tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Penyiaran Negeri Perak, Puan Noriza Salleh diiringi Timbalan Pengarah Penyiaran, Puan Noorhafizatul Sarah Thahil.