Program Wow PERAKfm dan Program MESRA YAB Menteri Besar Perak


Diterbitkan pada 10 Mar, 2021

Pada 10 Mac 2021 telah diadakan Program Wow PERAKfm dan Program MESRA YAB Menteri Besar Perak di daerah Kerian. PERAKfm juga telah mengadakan program Cakna Komuniti dengan mengunjungi beberapa buah rumah penduduk yang berada di Bagan Serai bagi menyampaikan sumbangan. PERAKfm turut membuat lintas langsung sempena Program MESRA YAB Menteri Besar Perak. Temubual secara langsung diadakan di Dewan Dato Zainal Abidin Zin, Bagan Serai bersama DJ Maslita dan DJ Nasreeq. Temubual bersama Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia YB Khairul Shahril Mohamed dan YAB Menteri Besar Perak Dato Saarani Mohamad.