Get Adobe Flash player

Selamat Pagi Perak bersama Dr Zambry Februari 2017

Rancangan Selamat Pagi Perak bersama Dr Zambry telah disiarkan secara langsung dari Auditorium PerakFM pada 13 Februari 2017 8.15 pagi. Rancangan ini diterajui oleh En. Ahmad Faudzi Ramli (Ketua Bahagian Rancangan PerakFM) sebagai moderator. YAB Menteri Besar juga berbesar hati untuk meraikan Hari Radio Sedunia bersama kakitangan PerakFM. Beliau juga berkesempatan untuk meraikan kakitangan PerakFM yang bakal bersara pada tahun ini iaitu Pn Munah Madar (Pengarah RTM Perak), En. Zainuddin Hamid (Ketua Unit Hiburan PerakFM), En. Sabri (Ketua Unit Pengawal Keselamatan), En. Mansor Buyong (Penerbit Piecemeal) & En. Alwin (Ahli Kombo PerakFM).