Get Adobe Flash player

Karnival Sukan dan Kebudayaan Lenggong

Karnival Sukan & Kebudayaan Parlimen Lenggong 2017 telah diadakan dari 4 hingga 7 Mei 2017 di Padang Majlis Bandaran Lenggong. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan acara-acara sukan, pertandingan kebudayaan masyarakat Cina dan India, pertandingan Battle of The Band, persembahan kompang, persembahan Kombo PerakFM bersama artis undangan Zamani, Wani Kayrie, Sufi dan Yabang. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Khairi Jamaludin (Menteri Belia & Sukan).

PerakFM telah berlintas langsung dari 5 hingga 7 Mei 2017. Penerbit Penyelaras En. Faudzi Ramli (Ketua Bahagian Rancangan PerakFM), DJ Saiful, DJ Nani & DJ Ida.