Get Adobe Flash player

Karnival Lenggong 2017

Karnival Lenggong 2017 telah diadakan bersempena ulang tahun ke 5 Lembah Lenggong yang mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sejak tahun 2012. Ia telah berlangsung pada 6 hingga 9 Julai 2017 di Dataran Lenggong.

Pelbagai acara telah diadakan seperti pameran, kaunter RTC, jualan & Arts Market, Pertandingan Lenggong Idol, Pertandingan Battle of The Bands, Lenggong Archaeology Mountain Bike Trail, pertandingan sukan rakyat dan pelbagai lagi.

PerakFM turut berlintas langsung sempena karnival ini bersama penyampai DJ Ida, DJ Nani, DJ Yeop dan DJ Saiful. Penerbit Penyelaras yang terlibat ialah En. Nordin (Ketua Unit Pemasaran PerakFM) dan En. Faudzi (Ketua Bahagian Rancangan PerakFM).