Get Adobe Flash player

Azharuzzaman

Pemain saksafon Kombo Perakfm 

Nama : Azharuz Zaman bin Tarim @ Ariffin

Tarikh Lahir : 7 Mei 1968

Pengalaman :

1984 - Pemain Drum dalam Pasukan Pancaragam Sekolah (Brass Band)

1985 - Mengikuti Kursus Muzik (Music Theory & Organ) di Yamaha Music School

1987 - Mengambil Kursus Muzik & Vokal di Nawab Production Bangsar Kuala Lumpur

1988 - Menandatangani kontrak sebagai artis di bawah syarikat Nawab Production dan merakamkan album solo bertajuk 'Malam Gelisah' di bawah bimbingan Datuk Ahmad Nawab.

1990 - Merakam album solo kedua bertajuk 'Kau Dalam Diriku' di bawah penerbit Ismail Datuk Ahmad Nawab

1991 - Berkhidmat di Universiti Pertanian Malaysia di Bahagian Kebudayaan & Kesenian sebagai tenaga pengajar untuk pelajar & staf merangkap menjadi ahli muzik untuk Resident Band UPM

1995 - Bertugas di Majlis Bandaraya Ipoh sebagai ahli muzik (penyanyi, saxaphone & flute) untuk Kombo MBI

1998 - Berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebagai ahli muzik (penyanyi, saxaphone & flute) untuk Kombo Selendang Perak dan pernah membuat persembahan di luar negara seperti Jepun, Indonesia, Thailand & Singapura.

2011- Bersama Kombo Perakfm sebagai ahli muzik (Saxophonist)