Jelajah Ramadan PERAKfm 2021



Diterbitkan pada 24 Apr, 2021

Program Jelajah Ramadan PERAKfm 2021 telah diadakan pada 24 April 2021 di RPA Gelung Pepuyu, Bota Perak dengan kerjasama Adabi, pejabat Adun Bota dan masyarakat RPA Gelung Pepuyu. Antara aktiviti yang diadakan ialah gotong-royong memasak bubur lambuk, DJ Corner bersama-sama DJ Ros, DJ Finas & DJ Fitri, Ceramah Agama bersama Datuk Kazim Elias dan Cakna Komuniti PERAKfm telah menyampaikan sumbangan kepada 4 buah rumah terpilih di kawasan berkenaan. Turut hadir ialah Pengarah Penyiaran Negeri Perak, Pn Noriza Salleh; Timbalan Pengarah Penyiaran Negeri Perak, Pn Sarah Thahil; Ketua Bahagian Rancangan PERAKfm, En. Zuramin Ismail. Selain itu, Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak iaitu Yang Berhormat Khairul Shahril Mohamed turut ditemubual menerusi lintas langsung menerusi PERAKfm.