WOW PERAKfm 2022 Manjung



Diterbitkan pada 05 Feb, 2022

Pada 5 Februari 2022, Program WOW! PERAKfm 2022 telah diadakan di Pantai Teluk Batik. Pelbagai pengisian menarik seperti zumba, pertandingan mewarna, Kempen Kebersihan Alam Sekitar, program Adikku Sayang, program Xpresi Muzik bersama-sama Bob Sentuhan dan Cakna Komuniti memeriahkan program ini. Para penyampai PERAKfm iaitu DJ Maslita, DJ Nasreeq, DJ Ros, DJ Finas dan DJ Ida menceriakan pengunjung dan penonton di sana. Rakaman Rancangan Tausiyyah bersama-sama Ustaz PU Yeop diadakan di Masjid Salahuddin Sri Manjung dengan tajuk ceramahnya 'Menuju Akhir Zaman, Apa Persediaan Kita?'