Karnival WOW PERAKfm 2022


Published on 21 May, 2022

Karnival WOW! PERAKfm sempena Ulang Tahun RTM Ke-76 & RTM Perak Ke-55 telah diadakan pada 20 hingga 22 Mei 2022 di Perkarangan RTM Perak. Pelbagai pengisian menarik telah diadakan:

1. Jualan Produk IKS bermula 20 hingga 22 Mei 2022

2. Pementasan Teater Labun Mak Dara & Persembahan Ramlah Ram pada 20 Mei 2022 di Auditorium RTM Perak

3.Perlawanan Bola Jaring & Futsal, Pelepasan Konvoi Kenderaan Antik, Perasmian Karnival, Program Bantuan Raikan Syawal kepada En. Hamzah Kassim, Pn Hazrina & Pn Hanizah sekeluarga, Ujibakat Penyampai Berita & Radio, Kempen Derma Darah, Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta, Demonstrasi Bomba, Forum PERAKfm Radio Keluarga Malaysia bersama Datuk Kazim Elias & Dr Shazlin, Showcase Xpresi Muzik bersama Azzara Band, Daqmie & Lan Solo, Showcase Hangat Pijo bersama Kumpulan May pada 21 Mei 2022

4. Xpresi Muzik Carta Challo bersama Wan Razaleigh & Linda, Sukan Rakyat, E-Sport, Showcase Xpresi Muzik bersama Hidayah Halim & Norfazira pada 22 Mei 2022