Majlis Tilawah Al-Quran Johan-Johan Kebangsaan



Published on 24 Oct, 2021

Majlis Tilawah Al-Quran Johan-Johan Kebangsaan berlangsung selama 5 hari bermula 22 hingga 26 Oktober 2021 bersiaran secara langsung di RTM, bermula 9.00 malam hingga 10.30 malam.

Program yang julung-julung kalinya diadakan ini sebagai alternatif kepada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 2021 yang telah ditangguhkan ke tahun akan datang.

MTQJK merupakan kelangsungan kepada usaha menyemarakkan pembudayaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama RTM, RTM Negeri-negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta Al-Hijrah Media Corporation.

Berkonsepkan persembahan bacaan al-Quran secara bertarannum, MTQJK menampilkan 26 qari dan qariah Johan-Johan Tilawah Kebangsaan yang mewakili semua negeri di Malaysia.

RTM Perak telah berlintas langsung menerusi TV1 RTM pada 24 Oktober 2021. Tn Hj Radzi Kamarul Hailan telah menyampaikan Surah Saba' Ayat 18.

PENCAPAIAN TN HJ RADZI KAMARUL HAILAN DALAM MENYERTAI MAJLIS TILAWAH AL QURAN

  1. 1995 - Tempat Ketiga  Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Perak
  2. 1996 – Naib Johan Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Perak
  3. 1997 – Johan Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Perak
  4. 1998 – Johan Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Perak dan Naib Johan Peringkat Kebangsaan
  5. 1999 – Naib Johan Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Perak
  6. 2000 – Johan Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Perak , Kebangsaan dan Antarabangsa.
  7. 2004 - Johan Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Perak , Kebangsaan dan Antarabangsa.