Program Cakna Komuniti PERAKfm



Published on 20 Mar, 2021

Pada 20 Mac 2021 telah diadakan Program Cakna Komuniti PERAKfm di Kg Bongor, Gerik. Pengarah Penyiaran Negeri Perak, Puan Noriza Salleh turut serta dalam program ini. DJ Finas, DJ Nana, DJ Mim dan En. Zuramin (Ketua Bahagian Rancangan PERAKfm) dan Unit Kejuruteraan PERAKfm bersama-sama juga menjayakan program ini. Selain itu, turut diadakan rakaman Rancangan Tausiyyah Sempena Ramadan di Masjid Ridzuaniah, Kg Bongor, Gerik.