Perkelahan Perdana Kelab Sahabat Pendengar Radio Perak



Diterbitkan pada 19 Jan, 2020

Program Perkelahan Perdana bersama ahli-ahli Kelab Sahabat Pendengar Radio Perak telah diadakan di Pantai Teluk Batik, Lumut pada 19 Januari 2020. Macam-macam acara menarik diadakan seperti Sukaneka, Cabutan Bertuah , Port luck dengan pelbagai kuih muih, lauk pauk termasuk ulam-ulaman , sambal belacan, buah-buahan. Pengunjung pun tidak melepaskan peluang menyaksikan gelagat lucu ahli kelab dalam acara sukanika, Timbalan Pengarah Penyiaran RTM Perak , Pn Norasmihan Mansor dan Pengerusi Kelab Sahabat Pendengar Radio Perak Pn Hanita turut hadir. DJ Ely dan DJ Saiful Nawab juga berada di sana bagi memeriahkan acara.