Norshafinas Ahmad berasal dari Ipoh, Perak. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Bcom). Beliau pernah bertugas di Unit Kandungan dan Kreatif Angkasapuri Kuala Lumpur (Unit Perolehan Rancangan Luar Negara) sebelum bertugas di Jabatan Penyiaran Negeri Perak (PERAKfm) pada tahun 2018. Beliau menerbitkan Rancangan Labun Mak Dara di PERAKfm.