HAWANA 2023 - WARTAWAN RTM DIBERI PENGHARGAAN MENYAMPAIKAN KHUTBAH JUMAAT



Diterbitkan pada 09 Jun, 2023

Wartawan RTM Perak, Muhammad Fahmi Mohd Nor mengakui terharu dan bangga menerima tanggungjawab mewakili pengamal 

media, khususnya rakan wartawan, bagi membaca khutbah Jumaat di Masjid Masjid Muhibbuddin Shah sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 yang lalu.

Muhammad Fahmi merupakan antara tiga pengamal media yang diberi penghormatan menyampaikan khutbah di beberapa masjid terpilih di negeri itu.

 

Bertemakan "Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-Nilai Islam", khutbah tersebut mengingatkan para wartawan agar sentiasa bersifat benar dan jujur dalam menyampaikan maklumat.

Peranan itu merupakan satu hak dan kebebasan bersuara yang tidak seharusnya dipersendakan atau dipermainkan oleh mana-mana pihak.