
Diterbitkan pada 17 Jul, 2022
Pada 16 Julai 2022, Menteri Besar Perak Dato' Seri Saarani Mohamad dan Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin telah melancarkan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru.
PERAKfm turut terlibat dalam Jelajah yang berlangsung selama 2 hari dengan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk Radio di lokasi dan sesi bual bicara bersama Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin dan Menteri Besar Perak
Dalam pada itu, pelbagai aktiviti diadakan di Dj Corner PERAKfm , antaranya Ujibakat Bintang Kecil, Kuiz terbuka, Karaoke dan sesi beramah mesra pendengar setia PERAKfm bersama DJ Maslita, DJ Nora, DJ Ida, DJ Ros, DJ Reeq dan DJ Finas.