JELAJAH RAMADAN RTM PERAK 2024



Diterbitkan pada 20 Mac, 2024

Pada 18 Mac yang lalu, Jelajah Ramadan RTM edisi ke-12 Negeri Perak telah berlangsung di Surau Ad Din Tualang Sekah.

Program Jelajah ini turutr disertai oleh YB Encik Azlan Helmi bin Helmi ,Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak dan ADUN Tualang Sekah yang turut bersama menyampaikan sumbangan kepada 50 orang penduduk sekitar yang kurang berkemampuan pada majlis tersebut selain penglibatan bersama rakan penaja utama Petron, NesQ dan penaja bersama Adabi, Comme, Zie Putu Perak serta warga Surau Ad Din, RPT Shiekh Johan, Tanjung Tualang.

Antara program yang berlangsung Radio di Lokasi rancangan Moh Gebang , Tazkirah Ramadan bersama Ustaz PU Yeop dan majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat dan prpgram ini tururt dimeriahkan dengan kehadiran penyampai dari stesen radio RTM di negeri lain seperti MELAKAfm, PERLISfm, JOHORfm, SELANGORfm, Klasikfm dan lain - lain.