PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK PDRM + PERAKfm



Diterbitkan pada 15 Dis, 2023

Kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus diperkukuh.

Terbaharu, kerjasama menerusi penganjuran perlawanan persahabatan bola sepak antara kedua-dua pasukan di Stadium Perak malam tadi.

Dalam perlawanan itu, PDRM Perak yang diketuai Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menang ke atas RTM Perak dengan jaringan 6-5.

Mohd Yusri berkata penganjuran seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan kedua-dua jabatan.

"Insya-Allah saya lihat program seperti ini memang menjurus ke arah positif dan kita akan pertingkatkan lagi pada masa akan datang bukan sahaja perlawanan bola sepak mungkin acara-acara sukan yang lain," kata Mohd Yusri ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.

Turut beraksi pada perlawanan tersebut, Timbalan Pengarah Penyiaran Negeri Perak Mohd Zam Ali, wartawan dan penyampai Perakfm.

Pada perlawanan tersebut, turut diadakan pelancaran jersi bola sepak pasukan PDRM Perak