
Diterbitkan pada 27 Mac, 2025
Pada 15 Mac 2025, telah berlangsungnya Program Jelajah Ramadan PERAKfm di RTM Perak. Dengan tema "Melayu Klasik"
tahun ini PERAKfm menyantuni ibu tunggal dengan memberikan sumbangan barangan keperluan dan duit raya kepada ibu tunggal dan anak yatim.
Ucapan terima kasih juga buat penaja - penaja yang turut serta dalam menjayakan program tersebut.
Selain itu, PERAKfm juga turut meraikan kehadiran Skuad Jelajah Ramadan 2025 yang singgah di RTM PERAK untuk berbuka puasa.