PROGRAM WARISAN @LENGGONG



Diterbitkan pada 25 Aug, 2023

Pada 26 hingga 28 Julai yang lalu, PERAKfm telah hadir ke program WARISAN @ LENGGONG yang berlangsung di

Dataran Lenggong bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke - 11, Pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai

Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pelbagai aktiviti yang berlangsung antaranya pameran dari agensi, bual bicara warisan,

jualan produk tempatan, demonstrasi masakan, permainan tradisional dan banyak lagi.

Perakfm turut hadir memeriahkan program dengan kehadiran penyampai antaranya

Dj Reeq, DJ Ida, DJ Miem dan DJ Nana serta selebriti jemputan, Apit Wan Lebo.