WOW PERAKfm 2022 Bagan Serai



Diterbitkan pada 19 Mac, 2022

Pada 19 Mac 2022, Program WOW! PERAKfm 2022 telah diadakan di Dataran Kampung Padang Lalang, Semanggol, Bagan Serai. Pelbagai pengisian menarik seperti program Ayuhak Bersurahan, program Xpresi Muzik bersama-sama Farawahida dan Shida Data serta Cakna Komuniti memeriahkan program ini. Para penyampai PERAKfm iaitu DJ Saiful Nawab Sabran, DJ Mim, DJ Ros, DJ Finas, DJ Nana dan DJ Ida menceriakan pengunjung dan penonton di sana. Rakaman Rancangan Tausiyyah bersama-sama Ustaz Azhar Latif turut diadakan dengan tajuk ceramahnya 'Ramadan Yang Dinanti'.